IQNA

Umat Islam Di Seluruh Dunia Mengutuk Serangan Rejim Zionis Keatas Syria

23:20 - May 11, 2013
Berita ID: 2531774
Kumpulan Antarabangsa: Jumaat 10 Mei, ribuan masyarakat Islam telah mengadakan protes membantah dan megutuk serangan rejim Israel keatas Suria.
Kumpulan Antarabangsa: Jumaat 10 Mei, ribuan masyarakat Islam telah mengadakan protes membantah dan megutuk serangan rejim Israel keatas Suria.
Menurut laporan Agensi Berita Antarabangsa Al-Quran(IQNA) dipetik dari rangkaian televisyen ((Press TV)), beribu-ribu masyarakat Islam di pelbagai Negara telah mengadakan protes mengutuk serangan Isreal keatas Suria dengan slogan-slogan anti zionis. Mereka berkata: “Serangan ini adalah bertujuan untuk menyokong tentera-tentera asing yang ditempatkan dinegara ini.” Dengan membakar bendera zionis mereka menggesa supaya tindakan global diambil terhadap pencerobohan yang dilakukan oleh zionis.
Di Kashmir India, beratus-ratus penunjuk perasaan telah membakar patung Barack Obama dan Benjamin Netanyahu di daerah “Srinagar” dan mereka mengutuk campur tangan Israel dalam hal ehwal dalaman Suria. Mereka juga mengatakan bahawa pasukan-pasukan risikan Amerika dan Israel adalah punca perpecahan diantara mazhab dikalangan umat Islam di Suria, Iraq, Somalia dan Afghanistan.
Di Kaherah, ibu negara Mesir, mereka memanggil Israel sebagai musuh utama dunia Islam dan mereka melaungkan slogan-slogan “Mati Israel” dan membakar bendera Israel.
Di Tehran dan di daerah-daerah lain Iran juga beribu-ribu orang telah berarak setelah selesai solat Jumaat membantah serangan Israel keatas Suria dan menggesa organisasi-organisasi antarabangsa supaya menghentikan serangan keatas Suria. Para penunjuk perasaan juga mengutuk pencemaran tempat-tempat suci yang dilakukan Suria.

1226096
captcha